Sepanjang
tempoh 20 minggu menjalani latihan industri, saya ingin membuat
kesimpulan bahawa hampir kesemua objektif bagi latihan industri ini telah tercapai. Dengan bantuan
kesemua pengawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut Perak, ia telah
banyak membantu saya dalam menjalani
latihan industri dan telah banyak mengubah pandangan saya tentang sektor
perkhidmatan pelanggan ini sebenarnya tidak
membosankan. Latihan Industri yang saya jalani di Jabatan Kastam Diraja
Malaysia Lumut Perak sangat mencabar apabila berhadapan dengan masyarakat untuk
memerlukan perkhidmatan.Malahan, latihan industri yang saya jalani
ini banyak melatih saya untuk menjadi individu yang lebih berdisiplin
terutama dalam pengurusan masa kerana
menepati masa ke tempat kerja dan menyediakan perkhidmatan tepat pada masanya
merupakan aspek yang amat dititik beratkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malysia
(JKDM) Lumut, Perak.Nilai-nilai moral seperti jujur, bertanggungjawab dan
amanah dapat diterapkan melalui latihan industri ini.
Pegawai-pegawai di Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM) Lumut, Perak telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada
saya.Antaranya, pergaulan yang baik antara pegawai adalah amat bermakna bagi
saya. Disamping saya dapat menimba ilmu yang
baru, saya juga mempelajari pelbagai kemahiran dan cara berkomunikasi
yang berkesan dan sememangnya sukar jika tidak dilatih terlebih dahulu.
Kebanyakan proses kerja yang dilakukan secara amali adalah lebih mudah diingati
jika dibandingkan dengan pembacaan, menelaah ataupun dalam bentuk teori.
Pembentukan sahsiah diri yang lebih berketerampilan juga dapat dilihat di dalam
diri pelajar melalui pendedahan yang diperolehi semasa menjalani latihan
industri.
Kesimpulannya,
pelaksanaan latihan industri ini bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang amat bernilai kepada pelajar, tetapi juga dapat
menyedarkan pelajar betapa pentingnya pendedahan awal dan ketelitian aspek
kerja sebenar untuk di dalami sepenuhnya oleh pemikiran dan perbuatan,
perkembangan pemikiran dapat mencari penyelesaian kepada masalah semasa bekerja
dan membantu mencari buah fikiran yang positif untuk dikongsi bersama. Pelajar
perlu mempunyai minat yang mendalam untuk memastikan apa yang mereka pilih
bukannya sesuatu yang sia-sia tetapi sesuatu yang mendatangkan faedah kepada
diri sendiri. Akhir kata, terima kasih kepada pihak
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut Perak kerana memberi saya peluang dan
tunjuk ajar semasa saya menjalani latihan industri.
0 comments:
Post a Comment