Objektif Laporan Latihan Industri


Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut.  Antara objektif laporan adalah:


  •  Membolehkan pihak politeknik membuat penilaian pencapaian pelajarnya dalam menjalani latihan industri.
  • Menjadi salah satu bukti pengesahan bahawa pelajar tersebut telah selesai menjalani latihan industri.
  • Memudahkan pensyarah menilai pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar sepanjang tempoh latihan industri.
  •   Mencatat segala pengetahuan dan pengalaman sepanjang tempoh latihan.
  • Dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan.
  •   Melatih pelajar menghasilkan laporan yang bermutu dan sistematik.
  •   Laporan yang baik dapat membantu pelajar menggunakannnya semasa proses temuduga kerjaya kerana ia merupakan bukti pengalaman kerja seseorang.
  • Menguji kemampuan daya pemikiran dan inovatif bagi menghasilkan laporan yang terbaik.
    
 


     


    4 comments: