Surat
faks adalah suatu surat yang diterima oleh jabatan atau agensi lain untuk
memberi maklumat yang terkini. Ia juga dapat memudahkan proses kerja untuk
menyemak minit fail atau bersedia dengan program yang bakal diadakan bagi
kakitangan Jabatan Kastam. Setiap jabatan haruslah mempunyai satu unit mesin
faks untuk menerima dan menghantar surat faks. Di samping itu, setiap jabatan
atau unit hendaklah menyediakan satu buku untuk merekod surat faks di dalam
buku tersebut bagi catatan dan semakan pegawai atasan.
Surat
faks yang telah di rekod di dalam buku haruslah di simpan di dalam satu fail
untuk semakan pegawai atasan.
Rajah 1
Rajah 2
2.1.2 Proses kerja
a)Menerima surat faks
yang telah dikirim dari agensi atau jabatan lain di tempat
mesin faks yang
telah disediakan.
b)Memberi kepada penyelia
untuk di baca dahulu sebelom direkodkan.
c)Menggunaan pen berwarna
merah dan hitam untuk merekod maklumat
surat faks di dalam buku daftar surat
menyurat.
d)Penyelia menerangkan
secara ringkas cara untuk merekod surat faks di
dalam buku daftar surat
menyurat.
e)Selepas itu, mengisi
maklumat surat faks di dalam buku daftar surat
menyurat mengikut langkah yang
telah diajar oleh penyelia.
f)Membawa buku daftar
surat menyurat kepada Tuan Khairil Anuar bin Ismail
sebagai Penguasa Kastam
Penguatkuasaan Marin untuk dicop dan
ditandatangan sebagai tanda pengesahan
penerimaan surat faks yang telah
direkodkan.
g)Meletakkan kembali buku
daftar surat menyurat di tempat asal supaya
mudah digunakan oleh pegawai lain
untuk merekod surat faks yang
akan masuk nanti.
2.2 MEREKOD MINIT FAIL
2.2.1 Pengenalan
Satu
folder yang didaftar dalam mana kandungannya disusun dengan cermat dan
sistematik. Ia juga suatu proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk
simpanan selamat atau satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir pada
titik yang sama.
Proses
mengklasifikasi, menyusun, menyimpan dan menyelenggara fail-fail bagi
memudahkan pengurusannya apabila di perlukan. Sistem ini juga dapat melicinkan
dan melancarkan proses organisasi. Dengan adanya sistem fail maka sesuatu rekod
itu mudah untuk dicari apabila diperlukan tanpa membuang masa yang banyak.
Rajah 3
2.2.2 Proses kerja
a)Membaca terlebih dahulu
isi kandungan surat dengan cermat dan semak
perkara utama dalam surat.
b)Surat yang telah dibaca
dicop tarikh terima pada ruang yang kosong.
c)Menyemak klasifikasi
fail bagi mennetukan tajuk fail dan nombor rujukan fail.
d)Menulis nombor
kandungan di penjuru kanan surat sebagai tanda urutan
surat diterima dan
direkod.
e)Kandungan surat
hendaklah direkodkan di dalam kertas minit
bagi
tujuan kawalan pada peringkat dokumen.
f)Menggunakan pen
berwarna hitam dan merah ketika mengisi maklumat.
g)Catatkan nombor rujukan
fail bagi memudahkan kakitangan memasukkan
minit tersebut ke dalam fail jika
keciciran. Helaian nombor dicatatkan di
kedua-dua muka kertas minit.
h)Menebuk lubang pada
setiap surat yang telah dibaca.
i)Masukkan tali hijau dan
kertas minit di dalam fail.
j)Menysuun semula fail di
bilik fail mengikut turutan abjad supaya mudah
untuk dicari semula ketika
hendak digunakan nanti.
2.3 MEMBUAT SEKATAN JALAN RAYA
2.3.1 Pengenalan
Sekatan
jalan raya adalah operasi bagi menyekat jalan raya secara sementara bagi
mengawal lalu lintas di jalan raya. Sekatan jalan raya disebabkan oleh beberapa
faktor iaitu :
ØPembinaan
jalan ØPenutupan
jalan tertentu ØLencongan
jalan ØMemburu
jenayah ØMengesan
rompakan
Sekatan
jalan raya biasanya dilakukan oleh pihak polis,Jabatan Pengangkutan Jalan atau
pun pihak kastam untuk tujuan pemeriksaan keselamatan dan barang yang dibawa.
Ia juga diadakan semasa dalam peperangan dan biasanya dikawal oleh tentera.
Kadang-kadang, sekatan jalan raya juga turut diadakan oleh pihak polis bagi
mengawal rusuhan.
Rajah 4
Rajah 5
2.3.2 Proses Kerja
a)Jam 8.30 pagi berkumpul
di hadapan pejabat unit penguatkuasaan marin di Kampung Acheh.
b)Mendengar taklimat
ringkas dari pegawai kanan kastam iaitu Encik Lee See Pang
c)Mengambil barang-barang
yang perlu digunakan ketika hendak
membuat sekatan jalan raya.
d)Bergerak ke lokasi
sekatan iaitu di hadapan UniKL.
e)Menyediakan kawasan
sekatan dengan meletakkan papan tanda sekatan.
f)Para pegawai kastam
memakai baju kalis warna untuk melakukan sekatan.
g)Menahan beberapa
kenderaan berat yang membawa muatan
seperti
besi, tilam, ais, makanan sejuk, ayam, dan sebagainya secara rawak.
h)Memeriksa barang yang
dibawa oleh pemandu.
i)Menyemak dokumen yang
dibawa oleh pemandu untuk mengenal pasti jenis
barang yang dibawa, berat muatan
dan mengesahkan bahawa barang yang
dibawa adalah barang yang dibenarkan.
j)Meminta pemandu
menyerahkan kad pengenalan untuk direkodkan di
dalam buku sebagai catatan
lanjut.
2.4 PELUPUSAN BOTOL DAN TIN ARAK YANG DIRAMPAS
2.4.1 PengenalanMinuman
keras seperti arak adalah bende yang dilarang dijual sesuka hati. Botol atau
tin arak yang dibawa masuk hendaklah mendapat pengesahan dan kebenaran dari
pihak kastam dan imigresen untuk membawa masuk ke dalam negara ini. Minuman
keras yang dibawa masuk tidak boleh dijual di kedai-kedai runcit kerana minuman
keras berada di bawah Akta Kastam 1967 (235). Botol atau tin arak yang dibawa
masuk tanpa pengesahan pihak kastam dan imigresen akan dirampas kerana tidak
membayar cukai.
Kerajaan
juga telah menetapkan jenis-jenis arak yang boleh dibawa masuk dan dijual di
dalam negara untuk tujuan perniagaan.
Rajah 6
2.4.2 Proses kerja
a)Membawa semua botol dan
tin arak yang dirampas ke tempat lapang.
b)Botol arak kaca
diletakkan di atas kain tebal ketika hendak dipecahkan.
c)Mengasingkan di antara
botol arak kaca dan tin arak.
d)Menggunakan jentera berat
seperti traktor untuk memecahkan botol kaca
dan tin arak.
e)Memakai penutup hidung
seperti mask untuk mengelakkan dari
terhidu
bau arak yang kuat dan meloyakan.
f)Menggunakan penyapu
besi dan penyedok untuk mengutip sisa-sisa kaca
yang terkeluar dari kawasan
kain yang dibentang ketika sedang
dipecahkan.
g)Setelah dipecahkan
kesemua tin arak tersebut, jadi hendaklah dikumpulkan
di suatu tempat untuk
dibawa oleh lori penjual tin untuk dilupuskan
dan diguna semula.
2.5 MEMBUAT RONDAAN DI LAUT
2.5.1 PengenalanRondaan
adalah suatu aktiviti bagi memeriksa dan memantau kawasan yang ditetapakn kepada pihak yang tertentu.
Aktiviti ini dijalankan bagi membanteras kegiatan yang melanggar undang-undang
negara supaya kadar jenayah dapat dikurangkan. Rondaan ini juga memerlukan
pemerhatian dan penelitian yang cekap supaya dapat mengesan aktiviti haram yang
dijalankan di perairan terutamanya. Oleh itu unit marin ditubuhkan untuk
menggalas tanggungjawab bagi membuat rondaan sekitar kawasan perairan yang telah
ditetapkan.
Rajah 7
Rajah 8
2.5.2 Proses kerja
a)Berkumpul di hadapan
pejabat kastam penguatkuasaan pada jam 8.30 pagi
untuk mendengar beberapa
taklimat ringkas yang disampaikan oleh pegawai
kanan kastam.
b)Selepas itu bergerak ke
jeti untuk menaiki bot laju.
c)Pegawai kastam
memeriksa keadaan bot sebelum membenarkan yang
lain naik ke bot.
d)Memakai jaket
keselamatan bagi mengelakkan dari berlaku apa-apa
kemalangan yang tidak
diingini.
e)Bergerak pergi ke
kawasan yang telah dikenal pasti untuk membuat rondaan.
f)Mencatat segala
maklumat yang dapat ketika membuat rondaan.
g)Bertanyakan kepada
pegawai kastam tentang apa yang dilakukan
apabila membuat serbuan dan tentang
ciri-ciri bot laju yang
0 comments:
Post a Comment