Cukai
Barang dan Perkhidmatan atau GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep
nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan
cukai seperingkat, GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di
setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai
itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh
menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.
GST dikenakan ke atas barang dan
perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian
pembekalan termasuk pengimportan barang dan
perkhidmatan.Cukai Barang dan Perkhidmatan juga dikenakan ke atas barang
diimport dan beberapa perkhidmatan diimport.
Rajah 1
3.1.2 Proses Kerja
a)Sebelum mendaftar GST,
syarikat haruslah mempunyai email
untuk memudahkan urusan pendaftaran GST.
b)Bagi pelanggan yang tidak
mempunyai email jadi pegawai kastam
akan membantu membuat email baru untuk
pelanggan.
c)Setelah email dibuat
maka pendaftaran GST diteruskan dengan pergi ke
laman web gst.customs.gov.my dan mengisi data syarikat yang telah diberi.
d)Antara dokumen yang
diperlukan semasa pendaftaran GST ialah
salinan pendaftaran peniaga, salinan
borang 49, salinan penyata bank,
penyata untung dan rugi, alamat email dan kata
laluan.
e)Pegawai kastam haruslah
memastikan para pelanggan menulis kata laluan
TAP untuk diguna pakai bagi
mendapatkan nombor GST pada esok harinya.
f)Apabila telah selesai
mengisi maklumat ke dalam sistem selepas itu
penyata bank terkini haruslah
diimbas dan di masukkan ke dalam sistem untuk
pengesahan dan untuk masuk ke
langkah seterusnya ketika mendaftar.
g)Akhir sekali, pegawai
kastam perlu memberitahu dan mengajar
pelanggan tersebut tentang
langkah-langkah untuk menyemak nombor
GST setelah mendaftar dan tempoh untuk
mendapat nombor GST adalah 1 hari.
MEMBANTU PERSEDIAAN SEMINAR GST
3.1.2 Pengenalan
Rajah
2Seminar
GST diadakan bertujuan untuk memberi penerangan bagaimana GST dilaksanakan
serta kaedah untuk mengira nilai GST yang dikenakan. Peserta seminar terdiri
daripada pengeluar, pemborong dan peniaga. Seminar yang dijalankan juga
bertujuan bagi mendapatkan tindak balas daripada kalangan pengeluar dan
pemborong mengenai GST. 3.1.3 Proses Kerja
i.Mencetak dan membuat
salinan nota seminar GST mengikut jumlah yang
dikehendaki
ii.Menelefon dan mengfaks
surat jemputan seminar GST kepada
syarikat-syarikat yang terlibat dengan
seminar tersebut
iii.Membantu di bahagian pendaftarkan
bagi mendaftarkan wakil-wakil
syarikat yang hadir ke seminar GST
iv.Mencatat soalan-soalan
yang diajukan kepada penceramah semasa
seminar berjalan 3.2 MENGEMASKINI BORANG CUKAI PERKHIDMATAN
3.2.1 Pengenalan
Rajah 3
Borang
cukai perkhidmatan perlu dikemaskini kerana telah digantikan dengan GST.
3.2.2
Proses Kerja
i. Mendapatkan borang
cukai perkhidmatan
ii. Mengemaskini borang
cukai perkhidmatan
iii. Mengecop borang
cukai perkhidmatan
iv. Menyusun borang ke
dalam tempat yang disediakan
3.2
MENYEDIAKAN SAMPUL KECIL (SK) UNTUK OPERASI GST
3.2.1
Pengenalan
Penyediaan
sampul kecil (SK) disediakan untuk setiap syarikat yang belum mendaftar GST
bagi tujuan rekod simpanan kastam. Sampul kecil ini akan dibawa oleh setiap
kumpulan yang telah ditetapkan sewaktu mereka menjalankan operasi GST. Sampul
kecil ini mengandungi beberapa maklumat dan notis GST yang perlu diberikan
kepada pihak peniaga. Selain itu, penyediaan sampul kecil ini bertujuan untuk
mengetahui bilangan syarikat yang masih belum mendaftar GST.
Rajah
4
3.2.2
Proses Kerja
a)Mencetak notis GST dan
beberapa borang yang berkenaan untuk
merekod maklumat yang diperoleh.
b)Setelah dicetak notis
GST dan borang berkenaan perlu dimasukkan ke
dalam sampul kecil (SK) dan
memastikan jumlahnya dengan betul.
c)Fail kuning yang telah disediakan
dilabelkan dengan nama-nama syarikat
dan nombor bilangan SK.
d)Menulis nama syarikat
dan nombor bilangan SK di kertas operasi GST untuk
mengetahui bilangan dan nama
syarikat yang masih belum ditulis di fail kuning.
e)Selepas itu, maklumat
di sampul kecil (SK) perlu ditaip di dalam komputer
bagi tujuan rujukan dan
semakan apabila operasi GST tamat.
Fail
penyata bayaran cukai bulanan syarikat adalah fail yang menyimpan kesemua penyata
bayaran cukai bulanan setiap syarikat mengikut bulan ganjil dan bulan genap.
Fail ini disediakan untuk memudahkan proses audit dari pihak atasan yang akan
memantau bagi mengesahkan setiap syarikat membayar cukai bulanan tersebut. Di
samping itu fail ini disusun mengikut bulan genap dan bulan ganjil serta
mengikut turutan huruf bagi memudahkan pegawai kastam mencari dan menyimpan
penyata bayaran cukai bulanan tersebut.
Rajah 5
3.3.2 Proses Kerja
a)Mendapatkan penyata
bayaran cukai bulanan syarikat daripada penyelia
untuk disimpan di dalam fail.
b)Mengasingkan penyata
bayaran cukai bulanan mengikut bulan
ganjil dan
bulan genap.
c)Mengenalpasti fail-fail
syarikat yang telah sedia ada di rak fail mengikut
bulan genap dan bulan
ganjil.
d)Memasukkan penyata ke
dalam fail mengikut nama syarikat yang tertera
di penyata bayaran cukai bulanan
tersebut.
e)Mengasingka penyata
bayaran cukai bulanan yang tidak mempunyai fail
untuk diberi semula kepada
penyelia bagi tindakan lanjut.
3.4
MENYERTAI OPERASI GST BERSAMA PEGAWAI KASTAM
3.4.1
Pengenalan
Operasi
GST dilakukan serentak di seluruh Malaysia bagi memastikan semua syarikat dan
peniaga yang telah mencapai jualan tahunan sebanyak RM 500,000.00 untuk
mendaftar GST. Operasi ini juga bertujuan untuk memberi notis dan mengenal
pasti syarikat yang belum mendaftar GST dan membuat rekod untuk di berika
kepada pihak atasan. Beberapa kumpulan telah diberi untuk memudahkan proses
operasi dalam tempoh yang telah ditetapkan selama dua minggu.
Rajah 6
3.4.2
Proses Kerja
a)Mendengar taklimat yang
disampaikan oleh Ketua Kastam Daerah iaitu
Tuan Mohd Noor Bin Idris yang
menerangkan langkah-langkah yang perlu
dilakukan ketika membuat operasi.
b)Setiap kumpulan akan
diberi 12 sampul kah kecil (SK) setiap syarikat
yang belum mendaftar GST.
c)Menaiki kenderaan
jabatan mengikut jumlah ahli kumpulan yang
telah ditetapkan.
d)Melihat setiap alamat
yang terdapat di depan sampul kecil (SK)
bagi memudahkan proses pencarian.
e)Menerangkan kepada
peniaga mengenai notis yang telah dikeluarkan
dan meminta peniaga datang ke
pejabat Jabatan Kastam untuk membuat
pendaftaran.
f)Menampal notis GST di
syarikat atau premis yang tiada peniaga atau
pengurusnya.
g)Pegawai kastam perlu
membuat sedikit laporan ringkas bagi setiap syarikat
yang telah dijumpai atau
yang tidak dijumpai. MENGAUDIT FAIL SYARIKAT
3.4.1 Pengenalan
Rajah
7
Audit
dilakukan bagi mengenalpasti jumlah pembayaran cukai yang dilakukan oleh
syarikat pada tahun-tahun sebelum ini.Ia dilakukan bagi tujuan rekod penyimpanan
kastam
3.4.2
Proses Kerja
i.Merekod nilai
pembayaran cukai ii.Mengemaskini jumlah
pembayaran iii.Menaip semula ke dalam
computer untuk dicetak
3.5 MEREKOD MAKLUMAT PEMBAYARAN LEV
3.5.1 Pengenalan
Rajah
8
Pembayaran
levi dikenakan kepada pengeluar yang berdaftar di bawah akta Levi Keuntungan
Luar Biasa 1998. Pembayaran levi perlu dibayar oleh pengeluar yang telah
melebihi tahap subsidi yang telah ditetapkan oleh kerajaan
3.5.2 Proses Kerja
i.Mendapatkan borang
pembayaran levi keuntungan dari pegawai ii.Merekod maklumat
pembayar ke dalam Buku Pendaftaran Pembayaran Levi iii.Merekod jumlah
pembayaran setiap syarikat
MENGHUBUNGI SYARIKAT YANG BELUM MENDAFTAR GST
3.8.1 Pengenalan
Rajah 9
Pemberitahuan untuk mendaftar GST
perlu dilakukan bagi mengelakkan syarikat syarikat yang belum berdaftar GST
dikenakan kompaun
3.8.2 Proses Kerja
i.Mendapatkan nombor
telefon syarikat dari cawangan GST
ii.Memberitahu notis
mendaftar GST kepada wakil syarikat yang dihubungi 3.9 MEMASUKKAN DATA SYARIKAT YANG TELAH DILAWATI KE
DALAM KOMPUTER3.9.1 Pengenalan
Rajah 10
Maklumat
syarikat yang telah dilawati perlu direkod ke dalam computer bagi tujuan
rujukan dan rekod simpanan kastam.
3.9.2 Proses Kerja
i.Mendapatkan SK syarikat
yang telah dilawati daripada urusetia GST
0 comments:
Post a Comment