Aktiviti JKDM





1.1.1      Aktiviti Organisasi
Secara ringkasnya organisasi ini diketuai oleh Tuan Mohd Noor bin Idris selaku Ketua Kastam Daerah dan bilangan kakitangan pula adalah seramai 83 orang. Terdapat lima unit utama iaitu unit cawangan industri, unit cawangan pengurusan sumber manusia, unit cawangan kastam, unit cawangan penguatkuasaan dan marin, dan unit cawangan cukai dalam negeri. Kelima-lima unit ini saling berhubung kait di antara satu sama lain kerana setiap mempunyai kepentingan yang sama(Dato' Abdul Hamid Bin Salleh, 2012)
Unit cawangan industri mempunyai lima peranan yang utama iaitu mengurus dan mengawal penggudangan, mengurus kawalan kemudahan dan insentif, mengurus pengkalan data perkastaman, mengurus dan mengawal zon perindustrian dan zon perdagangan bebas dan mengurus serta mengawal gudang pengilang berlesen. Melalui maklumat yang diperolehi, unit cawangan ini pada asalnya hanya diuruskan serta dikendalikan oleh pihak ibu pejabat Kastam Ipoh dan kemudiannya diserahkan tugas kepada unit industri di stesen cawangan Lumut.

*
Unit cawangan kastam pula adalah sebahagian daripada unit industri.Walau bagaimanapun, unit ini mempunyai sedikit perbezaan dari segi peranan di mana terdapat enam peranan utama. Antara peranan yang diamanahkan ialah sebagai unit pengurusan dan penguatkuasaan import, unit pengurusan dan penguatkuasaan eksport, unit pengurusan dan penguatkuasaan kawalan pulau bebas cukai (PBC) / kedai bebas cukai (KBC), unit pengurusan kawalan penumpang/kawalan sempadan, unit analisis dan dasar cukai dan unit komitmen antara agensi. Di bawah unit kastam ini, terdapat dua sub unit iaitu import/eksport dan pelabuhan lumut (LMT).Unit import/eksport lebih kepada urusan dengan kapal-kapal yang kecil dan sederhana, manakala unit pelabuhan Lumut pula lebih kepada urusan yang melibatkan kapal-kapal besar contohnya kapal kargo.

Seterusnya unit penguatkuasaan dan Marin.Unit ini banyak memberikan sumbangan terutamanya dalam perolehan hasil bagi pihak kastam cawangan lumut.Pelbagai fungsi yang perlu dimainkan oleh unit ini antaranya ialah menjalankan operasi ke atas aktiviti-aktiviti terlarang seperti penyuludupan, penyelewengan, menguruskan penyimpanan dan pelupusan barang rampasan dan lain-lain lagi. Terdapat lima tugasan utama bahagian penguatkuasaan ini iaitu pencegahan dan rampasan, siasatan, pendakwaan, narkotik dan risikan. Bagi saya, unit ini memerlukan komitmen yang tinggi kerana tugasannya memerlukan kekuatan fizikal dan mental.


Seterusnya, unit cawangan cukai dalam negeri (CDN).Unit ini bagi saya merupakan unit yang paling sibuk dan berperanan penting kerana mempunyai empat bahagian utama iaitu bahagian dasar dan perlaksanaan, kawalan kemudahan dan komunikasi, pengurusan dan pemungutan dan industri, petroleum dan gas.Tanpa unit ini, pengurusan kutipan cukai tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kutipan hasil seperti cukai jualan, cukai perkhidmatan, duti eksais dan levi keuntungan luar biasa merupakan jenis hasil utama yang perlu diuruskan oleh bahagian CDN ini.

Akhir sekali adalah unit pengurusan sumber manusia. Segala urusan berkaitan sistem pentadbiran atau pengurusan JKDM ini akan dilaksanakan pada unit ini contohnya pengambilan pekerja, urusan gaji, pengurusan surat dan lain-lain lagi. Unit ini turut dibantu oleh beberapa pembantu tadbir (N17) di bawah kuasa Penguasa Kastam. Daripada pandangan kasar, unit ini dipandang kecil namun hakikatnya mempunyai fungsi dan peranan yang besar sama seperti unit- unit lain. Antaranya:
  

Carta Fungsi Cawangan Pengurusan Sumber Manusia




Rajah 2.4.1 : Carta fungsi cawangan Pengurusan Sumber manusia

0 comments:

Post a Comment