PENGHARGAAN Segala pujian bagi
Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan
hidayahNya, telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan Laporan Latihan
Industri ini, buku Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda penghargaan
saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi tunjuk ajar
yang berguna semasa saya menjalani latihan industri dari 01 Disemeber 2015
sehingga 17 April 2015.
Pertama
sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang telah
dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan. Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan
kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk
mengharungi alam pekerjaan kelak.
Saya juga ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Lumut Perak, terutama Encik Daud Mohamad Zain kerana sudi menerima saya untuk
menjalani latihan industri di jabatan tersebut.
Tidak lupa juga kepada pengawai atau penyelia di setiap cawangan yang
telah menjaga, mendidik, membantu dan
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini dan juga tidak
dilupakan kepada rakan-rakan pelatih yang telah banyak membantu diri saya sama
ada secara langsung mahupun tidak secara langsung kepada saya sepanjang tempoh
latihan saya.
Penghargaan khusus saya tujukan
kepada semua kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut Perak yang telah
memberi tunjuk ajar kepada diri saya selama saya menjalani latihan industri
.Segala ilmu pengetahuan yang telah diberikan telah pun saya bukukan dalam buku
laporan ini sebagai penghargaan saya kepada pihak Jabatan Kastam Diraja
Malaysia Lumut Perak.
Di samping itu, tidak dilupakan
kepada pihak pengurusan Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau , Pulau
Pinang kerana berusaha menempatkan diri
saya ke pusat latihan industri. Tidak
dilupakan juga penghargaan ini saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana
selama saya menjalani latihan industri ini mereka telah banyak memberi
semangat, nasihat dan dorongan serta membantu saya dari segi kewangan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan latihan industri ini saya ini. Segala apa yang telah saya tempuhi semasa
saya menjalani latihan industri telah pun saya bukukan untuk dijadikan bahan
rujukan dan meluaskan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang yang akan diceburi.
0 comments:
Post a Comment