Objektif Latihan Industri

Latihan industri adalah salah satu kaedah yang terbaik didedahkan kepada pelajar sebelum mereka memasuki persekitaran kerja.Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya .Oleh itu, dengan mengikuti latihan industri ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam diri seseorang pelajar. Dengan menjalani latihan industri ini, pelajar akan berpeluang menyerapkan diri mereka ke dalam masyarakat yang sebenar dan dapat berinteraksi serta berkomunikasi  dengan pelbagai bangsa, umur dan agama tanpa mengira pangkat dan darjat.

            Antara objektif utama latihan industri adalah:

  • Membina keyakinan dan personaliti individu.
  •  Membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan.
  •  Membantu untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik  semasa bekerja.
  •  Mendisiplinkan diri untuk mematuhi peraturan semasa bekerja.
  •  Membina rasa tanggugjawab dalam menjalankan sesuatu kerja.
  •  Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari.
  • Meningkatkan keyakinan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak.
  •  Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan  oleh politeknik seperti menyediakan buku laporan industry.
Oleh demikian, tidak dinafikan objektif laporan latihan industri ini sebenarnya adalah untuk menilai sejauh mana kebolehan yang ada pada diri pelajar yang sekaligus merupakan satu bentuk persediaan untuk menghadapi realiti sebenar ketika di alam pekerjaan kelak.


3 comments:

  1. Thankyou for saving my life.I'm using your blog to complete my LI . THANKYOU SO MUCH!

    ReplyDelete
  2. minta izin pakai blog you for my report.TQ <3

    ReplyDelete
  3. minta izin juga as LI ref..terima kasih

    ReplyDelete