Dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1948, maka terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan eksais bagi
seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Mengikut Ordinan Kastam 1952, Jabatan ini
diletakkan di bawah penguasaan Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu dan
diketuai oleh seorang Pengawal Kastam (Comptroller of Customs), sepertimana
yang terdapat sejak tahun 1938. Ini
berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seksyen 138 , Ordinan Kastam, 1952 memberi
kuasa kepada Majlis Persekutuan untuk mengeluarkan segala peraturan yang
berhubung dengan hal ehwal perkastaman.
Kawasan utama kastam pada masa itu adalah seluruh Semenanjung Tanah
Melayu kecuali Pulau Pinang ( untuk mengekalkan tarafnya sebagai Pelabuhan
Bebas).
Ekoran daripada pembentukan Kesatuan
Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948, maka keperluan untuk
meningkatkan prestasi kakitangan Jabatan bagi memenuhi keperluan negara yang akan menuju ke arah
kemerdekaan adalah amat mendesak. Dengan itu pada tahun 1956 sebuah pusat
latihan telah ditubuhkan di Bukit Baru , Melaka. Pusat yang dikenali sebagai
Pusat Latihan Kastam Persekutuan ini, Pada mulanya hanya mampu menampung
seramai 40 orang pelatih baru pada satu-satu masa. Apabila Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sekali lagi struktur pentadbiran
Jabatan Kastam dan Eksais telah disusun semula untuk memenuhi keperluan Tanah
Melayu yang merdeka. Pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah diletakkan di
bawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh seorang Pengawal Kastam dan
Eksais yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan.
Jabatan
juga, dari segi kawasan telah
dibahagikan kepada tiga wilayah,
berdasarkan kepada tiga pusat perdagangan yang utama. Bagi Wilayah Utara, pengkalan adalah Pulau Pinang dan
meliputi Kedah, Perlis dan Perak. Bagi Wilayah Tengah pula, pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan
kawasannya meliputi Terenganu, Kelantan
dan Negeri Sembilan. Akhir sekali ialah
Wilayah Selatan yang Meliputi Johor ,
Pahang Melaka dan stesen Kastam
di Singapura. Tiap-tiap Wilayah diketuai
olah seorang Penolong Kanan Pengawal Kastam (Senior Assistant Comptroller of
Customs).
0 comments:
Post a Comment