Laporan minggu 11 hingga minggu 15






Minggu kesebelas
09/02/2015
hingga
13/02/2015

a.       Menaip nama pelanggan yang akan menghadiri PROGRAM HANDHOLDING dengan menggunakan MICROSOFT WORD. Dengan cara ini saya dapat lagi memahirkan diri dalam penggunaan MICROSOFT WORD dengan kemahiran yang sedia ada serta menambah baik lagi kemahiran .

b.      Scan dokumen atau gambar yang diperlukan sebagai simpanan softcopy dengan menggunakan window fax atau scanner di pencetak dengan lebih nudah.

c.       Menjaga kaunter perkhidmatan untuk menggantikan staff yang terlibat dengan operasi atau cuti pada waktu tersebut. Saya dapat belajar bagaimana hendak menyambungkan talian yang dikehendaki oleh pelanggan yang menelefon dan memerlukan perkhidmatan.

d.      Majlis bacaan yassin dan majls perpisahan staff  JKDM yang dinaikkan pangkat serta ditukarkan ke cawangan lain atau negeri lain. Selain itu, majlis ini adalah dapat lagi mengeratkan silaturahim antara staff staff dan pelajar pratikal yang tamat tempoh sebagai pelajar pratikal di situ.

e.      Setelah itu, saya ditugaskan untuk mencari fail syarikat yang belum diaudit untuk pengesahan dan rekod untuk dihantar ke HQ.




Minggu keduabelas
16/02/2015
Hingga
20/02/2015


a.      Mengaudit nama dan alamat pemegang lessen menggunakan MICROSOFT EXCEL dengan memasukkan data yang baharu. Oleh itu, saya dapat memahirkan lagi dalam penggunaan MICROSOFT EXCEL

b.      Menjaga kaunter perkhidmatan untuk menggantikan staff yang tidak hadir pada waktu tersebut.

c.       Mendaftarkan Penyata Keuntungan Luar Biasa yang harus dibayar oleh pengeluar berdaftar.


d.      Dalam minggu tersebut terdapat dua hari cuti umum iaitu Sempena Tahun Baru Cina iaitu pada hari khamis dan jumaat.



Minggu ketigabelas 23/02/2015
hingga
27/02/2015

a.       Pada minggu ketigabelas, saya mendaftar di cawangan baharu iaitu di cawangan Pengurusan Sumber Manusia.

b.      Selepas mendaftar, berkenalan dengan staff yang bertugas di bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

c.       Tugasan pertama yang dilakukan ialah merekod surat menyurat yang telah difakskan dan mengemaskini papan putih rekod cuti pengawai. Seterusnya, saya belajar scan computer menggunakan antivirus ESET WON 32.

d.      Pada minggu tersebut juga , ceramah agama telah diadakan. Ceramah agama tersebut disampaikan oleh Ustaz Mazlan iaitu Imam Masjid Daerah Manjung sebagai pengangan dalam kehidupan seharian.

e.      Membantu di bahagian GST untuk mendaftar sebelum tarikh pendaftaran GST ditutup .
                                              


Minggu Keempatbelas
02/03/2015
hingga
06/03/2015

a.      Lawatan dan pemantauan oleh pensyarah daripada Politeknik Seberang Perai untuk memantau tentang perkembangan pelajar yang telah menjalani latihan industry di JKDM LUMUT.

b.      Menyusun notis yang telah dicetak untuk diletakkan di dalam sampul kecil.

c.       Membantu di bahagian urusetia GST untuk Operasi GST.
      


d.      Menghubungi syarikat yang harus daftar GST kerana pendapatan tahunan melebihi 500,000 untuk mengesahkan samaada sudah didaftar GST atau belum.

e.      Majlis bacaan yassin dan majlis perpisahan pelajar pratikum.



Minggu Kelimabelas     
09/03/2015 
hingga
13/03/2015


a.      Mengemaskini fail – fail syarikat yang telah dinotiskan sama ada Berjaya dikesan dan tidak berjaya dikesan.

b.      Menggunakan Microsoft Word untuk menaip sejarah perkhidmatan pengawai-pengawai JKDM sepanjang tempoh perkhidmatan pengawai tersebut. Berdasarkan buku perkhidmatan pengawai pengawai.



  c.    Mengemaskini data operasi GST dengan
       menggunakan Microsoft Excel supaya
       data senang disemak.

0 comments:

Post a Comment