Alhamdulillah, selesai tugas saya
menjalani Latihan Industri selama 20 minggu di JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
LUMUT (JKDM). Sepanjang tempoh latihan, pelbagai perkara telah saya pelajari
dan hampir kesemua perkara dapat saya kuasai dengan baik. Latihan industri adalah amat penting dan
berguna kepada saya kerana ianya mempunyai tujuan yang baik pendedahan pelatih
ke alam pekerjaan yang sebenarnya. Selain itu, latihan industri ini juga secara
tidak langsung akan memberikan pengalaman kerja di samping pembelajaran yang
memberi faedah yang baik kepada saya di masa hadapan.
Disamping memberikan pengalaman, pendedahan dan pembelajaran yang
berguna,latihan industri ini juga dapat melatih pelatih hidup berdisiplin
dengan cara mematuhi setiap peraturan-peraturan dan mengikut setiap arahan yang
diberikan. selain itu, ianya juga akan menguji ketahanan dan kesabaran ketika
menghadapi sesuatu masalah atau tekanan yang berpunca daripada suasana kerja.
Pelatih juga
dapat memupuk sifat amanah, bertanggungjawab serta keyakinan diri semasa di
latihan industri.juga dapat menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan
baik sesama pekerja.Semasa menjalani
latihan industri ini, pelatih telah
diajar terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pekerjaan atau tugas yang diberikan. Setiap masalah atau
kemusykilanakan terus dirujuk kepada pegawai atau staf yang ada untuk
menyelesaikan masalah yang ada. Melalui
ini perasaan kurang berkeyakinan akan hilang kerana keinginan untuk mengetahui
sesuatu ilmu tersebut lebih tinggi kerana ini dapat melatih diri
daripada melakukan kesilapan yang mungkin disebabkan oleh kesilapan yang kecil.
Setiap tugas yang diberikan mampu disiapkan atau dilaksanakan dengan
sempurna dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh semua warga di cawangan
Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM), Perak yang
terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam tempoh waktu menjalani
latihan industri.
Latihan industri ini
juga mendedahkan pelatih kepada alam pekerjaan yang sebenar dari segi
penonjolan diri pelajar, dari segi kebolehan, dan sikap kepada bakal
majikan.Ini adalah untuk membiasakan diri pelatih apabila bekerja di sesebuah
syarikat dari peringkat yang rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi.Malah
secara tidak langsung juga dapat memberikan pengajaran kepada pelatih sendiri.
Selain itu, saya dapat
merasa dan mendapat pengalaman bercampur dengan golongan professional dan
bekerja bersama mereka.Secara tidak langsung, dapat melatih diri dengan
persekitaran tersebut.ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri untuk
berhadapan dengan siapa sahaja dan cara berkomunikasi dengan pihak luar dapat
dipertingkatkan.
Penggunaan alatan
terkini yang digunakan dalam proses kerja juga dapat dilihat oleh pelatih
disamping ada diantaranya sudah tahu cara mengendalikan alatan tertentu. Sepanjang tempoh menjalani latihan industri
ini, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan apa yang telah saya pelajari
dan pengalaman yang tidak pernah saya kecapi sebelum ini walaupun masih banyak
lagi perkara yang perlu saya pelajari.
Semasa menjalani
latihan industri di Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM), Perak telah banyak
pengalaman yang saya timba samada berkaitan dengan Sumber Manusia dan Pengurusan
Pejabat yang bertujuan meningkatkan lagi kemahiran para pelajar. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan yang perlu dipertimbangkan antaranya
seperti:Keselamatan pekerja :
a)Kaunter Hadapan di setiap cawangan Di
kaunter hadapan juga perlu diletakkan loceng yang boleh digunakan sewaktu
ketiadaan pegawai di kaunter hadapan.Ini memudahkan pelanggan kerana tidak
perlu menjerit untuk memanggil pegawai untuk berurusan dan tidak perlu menunggu
terlalu lama di ruangan menuggu.
b)Pintu utama Jabatan Kastam Diraja
Malaysia Masa untuk pintu utamaJabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM)
di buka adalah jam 1.50 petang. Sebagai langkah berjaga-jaga saya mencadangkan
agar masa pintu utama JKDM dibuka adalah jam 2.15 petang. Ini kerana ada
sesetengah pelanggan atau orang luar hadir terlalu awal iaitu sebelum jam 2
petang. Keadaan ini adalah sangat membahayakan kerana boleh berlaku kehilangan
maklumat pekerja dan dokumen penting di JKDM. Hal ini juga membahayakan
keselamatan anggota yang bertugas ketika waktu rehat.
Saranan dan Cadangan untuk pihak firma :-
c)Membina bilik khas Saya
mencadangkan agar menyediakan bilik untuk pembantu tadbir Kastam kerana mereka
merupakan orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang berat dan
penting mengenai kakitangan di JKDM.Hal ini dapat mengelakkaan daripada terjadi
pembocoran maklumat kakitangan dan data-data penting.Perlu dibina bilik khas yang meletakkan
peralatan yang sering digunakan seperti mesin fotostat, mesin faks, mesin
pengimbas dan komputer, pisau pemotong, dan ‘binding machine’. Ini mudah
untuk menggunakan kerana semuanya di dalam
satu tempat yang sama. Juga perlu menambahkan mesin pencetak berwarna dan mesin
faks supaya proses menghantar dokumen berjalan lebih lancar dan tidak perlu menunggu giliran untuk menggunakan mesin
faks.
Perlu diwujudkan bilik khas untuk
mengendalikan surat. Supaya surat tidak diletakkan pada kotak yang biasa sahaja
dan mudah dalam proses pengasingan surat dan jumlah setem surat untuk setiap
surat.
d)Sistem Komputer Menambahkan kelajuan untuk penggunaan
jaringan sistem di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.Menggunakan ‘AntiVirus’
yang lebih kuat dan diyakini supaya kerja atau dokumen yang disimpan pada
komputer tidak hilang.Menukar RAM (Random Access Memory) pada saiz yang
lebih besar pada setiap komputer supaya kerja lebih lancar.
e)Rak Fail Untuk setiap rak saya cadangkan supaya
hanya meletakkan fail anggota sahaja, tidak perlu diletakkan dengan buku
perkhidmatan anggota. Ini mudah untuk proses mengambil fail dan menyimpan
semula fail.
Di setiap rak terdapat empat laci
utama, pada setiap laci dihadkan hanya boleh menyimpan 15 buah fail anggota
sahaja. Hanya untuk fail yang baru. Bagi fail yang telah ditutup letakkan pada
rak khas, ini mudah dan tidak merosakkan fail dan juga maklumat di dalamnya.
Saranan dan cadangan untuk pihak politeknik :-
Pihak Politeknik mestilah berbincang
dengan pihak firma berhubung perkara tersebut kerana sesetengah pelajar akan
bermasalah dalam mencari tempat tinggal yang sesuai terutamanya pelajar
perempuan. Pelajar perlu didedahkan secara terperinci tentang hak-hak mereka sepanjang menjalani latihan industri dan juga hak hak majikan tempat latihan industri dijalankan.Hal ini kerana terdapat kes dimana pelajar terlalu menurut arahan majikan sehingga membebankan pelajar.Dengan adanya pengetahuan tentang hak masing - masing mungkin dapat mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini seperti perlajar melawan majikan dalam perkara yang hak atau pihak firma/ syarikat menggunakan tenaga pelajar seolah-olah mereka hamba syarikat/firma.
Setelah menerima tugasan yang diberi,
setiap pelajar haruslah peka terhadap tanggungjawap yang diberikan. Jika
terdapat sebarang kesulitan, pelajar mesti berani untuk bertanya dan menerima
bantuan daripada pihak yang berkemampuan. Ini adalah untuk kemudahan pelajar
itu sendiri. Peraturan dan undang-undang berkaitan firma dan disiplin
Politeknik haruslah dijaga. Ini adalah untuk mendapatkan kepecayaan pihak firma
dan menjaga nama baik pihak Politeknik. Pelajar-pelajar yang akan keluar untuk menjalani latihan industri seharusnya mempersiapkan diri dengan jati diri yang kuat selaras dengan saranan falsafah pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani,jasmani,emosi dan mental. Saya melihat kebanyakan pelajar yang dihantar untuk menjalani latihan industri kurang mempunyai ketahanan dari segi mental dan emosi. Alam pekerjaan meruntun pelajar untuk berdiri gagah dengan emosi yang stabil dalam menghadapi segala kerenah. Sebaliknya wujud sebilangan pelajar yang seolah tidak mampu menahan diri dalam menghadapi cabaran. Justeru, kewibawaan pelajar politeknik seolah dipertikaikan. Mungkin sebelum pelajar semester 4 bagi kursus diploma dan pelajar semester 3 bagi kursus sijil keluar menjalani latihan industri, suatu kursus meningkatkan jati diri dan pengurusan emosi perlu dibekalkan kepada pelajar.
saya nak tanya mcm mne mohon tok praktikal dkt kastam
ReplyDeletesaya nak tanya mcm mne mohon tok praktikal dkt kastam
ReplyDeleteSaya minta izin copy paste ya.... TQVM admin
ReplyDelete