Pengenalan JKDM


*




Pengenalan Organisasi dan Lokasi

Secara umumnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah kawalan Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab mengurus perlaksanaan sistem cukai tidak langsung negara.Melalui pencarian (Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2010) seperti yang kita maklum, sistem pentadbiran cukai sudah lama wujud iaitu sejak zaman sebelum kedatangan penjajah barat iaitu zaman Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Johor-Riau.Namun, sistem pentadbiran cukai ini telah mengalami beberapa perubahan ekoran daripada kemajuan Negara.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia berfungsi dan berperanan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. JKDM memainkan peranan seperti berikut :

        I.            Memungut Hasil Negara
Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

      II.            Memberi fasilitasi kepada sektor perdagangan dan perindustrian
JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

    III.            Memastikan pematuhan perundangan
JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiary berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.


Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut merupakan salah satu daripada sebahagian organisasi tersebut di mana mereka memungut cukai bagi cawangan Lumut Perak.JKDM Lumut ini juga adalah salah satu stesen kastam yang tertua di Perak. Mengikut sejarah pentadbirannya, Kastam Lumut ini berpusat di Pulau Pangkor di mana ianya adalah di bawah pentadbiran Pulau Pinang (Negeri-Negeri Selat) dan pejabat Kastam di Lumut pula adalah di bawah pentadbiran Kastam Perak (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu). Kedua-dua pentadbiran tersebut telah disatukan ketika pentadbiran British dalam tahun 1948 setelah tertubuhnya Tanah Melayu.


Pada mulanya, stesen kastam Lumut ini hanya mengendalikan aktiviti kawalan import/eksport di jeti-jeti persendirian dan juga pencegahan di dalam daerah Dindings.Namun, aktiviti tersebut telah diperluas supaya kastam dapat mempelbagaikan lagi peranan mereka seperti aktiviti mengawal, memberi khidmat nasihat dan melaksanakan dasar percukaian tidak langsung.


Pusat pentadbiram stesen Kastam Lumut ini dahulunya beroperasi di tingkat 2 Bangunan Persekutuan Seri Manjung pada Oktober 1999 bersama-sama jabatan kerajaan lain dan kemudian berpindah ke Kompleks Kastam Diraja Jalan Haji Mohd Ali di Sitiawan. Bangunan tersebut mula beroperasi pada 1 Disember 2010 yakni baru 2 tahun mentadbir di bangunan sendiri.Berikut merupakan peta lokasi dan gambar bagi JKDM Cawangan Lumut.


Gambar 3 : Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia




   Gambar4 : Peta Pejabat Kastam Lumut




0 comments:

Post a Comment