Laporan minggu 6 - minggu 10




Minggu keenam                                    
05/01/2015
hingga
09/01/2015


a.      Menaip borang menggunakan MICROSOFT WORD untuk pengunaan atau simpanan di bahagian pentadbiran.

b.      Merekod data menggunakan MICROSOFT EXCEL..

c.       Mencatat no surat yang hendak di poskan ke dalam buku  DESPATCH PENTADBIRAN dan perlu ditandatangani pengawai terbabit .

d.     Merekod dan mendaftar surat menyurat.





Minggu ketujuh
12/01/2015
Hingga
16/01/2015

a.        Pada minggu ketujuh aktiviti yang dijalankan adalah merekod surat menyurat dan mendaftar surat keluar masuk untuk rujukan .

·         Memasukkan no siri surat yang difaks . Untuk memudahkan urusan semakan pengawai terbabit.
·         Memasukkan tarikh penerimaan surat di dalam buku surat menyurat .
·         Menulis tarikh surat di dalam buku surat menyurat untuk rujukan pengawai terbabit.
·         Mengecop tarikh penerimaan dan waktu penerimaan surat faks di atas surat yang difaks kan.
·         Setelah selesai merekod buku tersebut harus diserahkan kepada Tuan Khairil Anuar untuk perhatian.
·         Setelah disemak buku tersebut haruslah diambil untuk tindakan .

b.      Menaip maklumat dan no siri buku saku menggunakan dan membuat table name serta menulis nama di dalam table tersebut  dengan menggunakan  MICROSOFT WORD.

c.       Seterusnya, saya belajar cara – cara untuk scan virus pendrive di komputer..

d.      Mendengar taklimat tentang pelabuhan mara dan taklimat tersebut disampaikan oleh pengawai mara iaitu PUAN SYAKILA.




Minggu kelapan
19/01/2015
Hingga
23/01/2015

a.      Pada minggu kelapan saya mengikuti unit penguatkuasaan marin bersama staff marin untuk membuat rondaan laut serta melawat tempat tempat yang terdapat di Pulau Pangkor dengan menaiki bot laju . Pelbagai pengalaman dan pengalaman yang saya dapat senasa menaiki bot laju.

b.      Manakala di bahagian pentadbiran pejabat saya membantu pengawai di situ untuk mengemaskini papan kenyataan kuasa pengawai kanan di papan kenyataan bahagian pentadiran kerana pertukaran pengawai serta tempoh pengawai baru yang masuk di bahagian penguatkuasaan..

c.       Mengikut Operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) bersama staff JKDM penguatkuasaan untuk operasi. Semasa operasi dijalankan dokumen yang diperlukan ialah :
·         Membawa buku untuk sekatan jalan raya untuk menulis nama , alamat, no kad pengenalan, no kenderaan , jenis kenderaan dan kesalahan yang dilakukan.
·          Sepanjang operasi dijalankan terdapat 32 buah kenderaan telah di tahan atas sebab sebab tertentu dan diminta menyerahkan kad pengenalan.

d.      Menulis maklumat diri tentang individu terbabit dan kesaahan yang dilakukan untuk rekod JKDM




Minggu kesembilan 26/01/2015
Hingga
29/01/2015

a.      Pada minggu kesembilan ini saya telah mendaftarkan diri JKDM LUMUT PERAK  di cawangan GST atau Cukai Dalam Negeri.

b.      Selepas selesai mendaftar di bahagian GST saya berkenalan dengan staff staff yang berkhidmat di bahagian GST serta penyelia yang memantau saya semasa saya bertugas disitu ialah Puan Juliza.

c.       Aktiviti pertama yang saya lakukan ialah menfaks dan menghubungi syarikat yang terlibat dengan PROGRAM HANDHOLDING (PERUNCITAN) sebagai notis pemberitahuan kepada syarikat yang terbabit.


d.      Membantu staff JKDM  menjaga pendaftaran semasa PROGRAM HANDHOLDING (PERUNCITAN) dijalankan bagi memudahkan urusan pendaftaran.

e.      Selain itu, membantu mengemaskini dan menyusun boring perkhidmatan cukai .





Minggu Kesepuluh
02/02/2015
hingga
06/02/2015

a.      Menjaga kaunter khidmat pelanggan untuk menggantikan pengawai yang cuti atau keluar operasi. Dengan cara ini, saya dapat lagi memahirkan diri dalam berurusan dengan orang awam melalui talian telefon.

b.      Mengetahui cara mendaftar atau membuat email sebelum sesebuah syarikat mendaftar untuk bahagian GST bagi syarikat yang belum mempunyai email .



c.       Pada minggu keselupuh terdapat sehari cuti sempena CUTI THAIPUSSAM yang bertarikh 03/02/2015 pada hari SELASA.

d.      Mengetahui dan mempelajari cara cara mendaftar GST sebelum mendaftar GST senarai semak pendaftaran yang diperlukan semasa mendaftar bagi memudahkan sesuatu urusan mendaftar. Antara, dokumen yang diperlukan ialah :
·         Salinan Pendaftaran Perniagaan / Pertubuhan / Syarikat.
·         Salinan Borang 49 (jika berkaitan).
·         Salinan Penyata Bank Terkini.
·         Penyata Untung dan Rugi Terkini.
·         Alamat e-Mail dan Password


e.       Mengira pembayaran bulanan dari bulan Januari hingga Oktober dengan menggunakan data yang telah dikemaskini semasa tempoh pembayaran untuk setiap bulan.


0 comments:

Post a Comment