Fotokopi
adalah membuat sesuatu melalui proses
cetak dengan tujuan agar menghasilkan bentuk yang sama dalam jumlah yang
banyak. Ia juga bermaksud proses yang digunakan untuk membuat salinan bagi
bahan-bahan yang bertulis atau bercetak. Ia perlu digunakan dengan menggunakan
mesin fotokopi untuk menghasilkan salinan yang dikehendaki. Mesin fotokopi
membuat salinan tersebut dengan menggunakan cahaya, panas dan bahan kimia atau
muatan listrikstatis. Ia dapat membuat salinan dengan pantas dan mudah tanpa
perlu menaip semula dokumen yang sedia ada.
Rajah 1 : Mesin
Fotokopi
4.1.2 Proses Kerja
a)Menerima dokumen yang
sedia ada ataupun yang ingin dicetak.
b)Menghidupakn mesin
dengan membuka suis utama dan menekan butang ‘ON’ pada mesin fotokopi.
c)Memastikan kertas dalam
jumlah yang cukup untuk membuat salinan yang diperlukan.
d)Membuka ‘scanner’ dan meletakkan dokumen yang
ingin dicetak di ‘scanner’.
e)Menekan butang kuantiti
iaitu jumlah salinan yang dikehendaki sebelum memulakan proses fotokopi.
f)Selepas itu. Butang
‘start’ ditekan untuk memulakan proses
fotokopi dan perlu menunggu sebentar untuk mengambil salinan yang dikehendaki.
g)Setelah kesemua dokumen
siap dicetak, simpan semula dokumen asal di dalam fail agar tidak hilang atau
tercicir.
h)Menutup suis mesin
fotokopi dengan menekan butang ‘OFF’ untuk menjaga ketahanan mesin dan menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik.
4.2 FAKS SURAT KE JABATAN ATAU SYARIKAT
4.2.1 Pengenalan
Faksatau nama penuhnya faksimili (daripada bahasa Latinfac simile, iaitu "membuat salinan") ialah teknologi komunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan (fak simili) dokumen, khususnya menggunakan mesin faks yang disambungkan dengan rangkaian telefon. Kelebihan faks adalah lebih pantas dari perkhidmatan pos untuk mengirim dokumen penting melalui jarak jauh dengan serta - merta. Manakala kelemahannya dari segi mutu salinan yang kurang memuaskan telah menyebabkan mesin faks diketepikan dengan pengguna E-mail sebagai kaedah pemindahan dokumen yang baru.
Rajah 2 : Mesin Faks
4.2.2 Proses Kerja
a)Membuat surat pengantar untuk memastikan kepada
siapa dan kemana dokumen ini akan dikirim dan memastikan nombor fax adalah
betul.
b)Memasukkan dokumen secara face down /tulisan
dihadapkan ke belakang.
c)Masukkan nombor fax yang telah diberi ke dalam
mesin faks untuk mengirimkan dokumen tersebut.
d)Mesin faks akan melakukan scanning dengan membaca
kod kawasan pada dokumen tersebut.
e)Apabila terdengar nada faks / beef panjang, tekan
butang ‘start’ memulakan proses faks.
f)Selepas itu, tunggu sebentar sehingga dokumen
telah berjaya dikirimkan kepada penerima faks.
4.3 MEREKOD CEK / MEL
Cek ialah dokumen perintah bertulis oleh
penyimpan akaun semasa kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat
bayaran sejumlah wang tertentu pada tarik tertentu kepada penerima atau pembawa
cek apabila dituntut. Apabila cek dikeluarkan kepada penerima bayaran, keratan
cek disimpan oleh peniaga sebagai bukti bahawa bayaran telah dibuat. Cek yang
telah diterima akan direkodkan di dalam buku daftar cek / mel untuk semakan
audit yang bertanggungjawab.
Rajah
3 : Buku cek / mel dan contoh cek
6.3.1 Proses Kerja
a)Menerima cek / mel daripada agen atau wakil agen
yang berkenaan.
b)Menyemak status cek / mel untuk memastikan cek
tersebut adalah benar dan tidak dipalsukan.
c)Menyusun cek / mel mengikut tarikh terima yang
telah ditulis pada cek / mel tersebut.
d)Menulis maklumat cek / mel di dalam buku daftar
cek / mel untuk tujuan semakan.
e)Nombor rujukan, nama bank, perkara, tarikh cek /
mel dikeluarkan dan jumlah wang dalam cek adalah maklumat yang sangat penting
untuk direkodkan di dalam buku daftar cek / mel.
f)Selepas itu meminta Penguasa Kastam yang
berkenaan untuk menyemak cek / mel yang telah direkod dan mengecop pada buku
daftar tersebut sebagai tanda pengesahan.
g)Menyimpan semula buku daftar cek / mel supaya
mudah di cari oleh pegawai kastam yang lain untuk tujuan merekod.
4.4
MEMBERIKAN STOK ALAT TULIS DAN PERALATAN PEJABAT KEPADA ANGGOTA YANG MEMERLUKAN DAN
MENYEMAK BAKI STOK ALAT TULIS YANG MASIH ADA.
4.4.1 Pengenalan
Pihak
pentadbiran perlu memastikan anggota lain, penyelia atau pengurus mendapat
peralatan pejabat seperti alat tulis, buku tebal, kertas A4 dan sebagainya
untuk kegunaan ketika waktu bekerja. Sebelum anggota lain ingin meminta
peralatan pejabat yang diinginkan mereka perlu mengisi borang dan menyenaraikan
jumlah peralatan pejabat yang dikehendaki. Di samping itu, pihak pentadbiran
perlu menyemak jumlah baki stok alat tulis yang masih ada untuk mengelakkan
kekeliruan dan ianya juga bermanfaat untuk rujukan di masa akan datang.
Rajah 4 : Borang permohonan peralatan pejabat dan
alatan pejabat
4.4.2 Proses Kerja
a)Anggota
kastam haruslah mengisi borang peralatan pejabat terlebih dahulu sebelum
mendapatkan jumlah peralatan pejabat yang mereka kehendaki.
b)Setelah
itu borang tersebut mesti diserahkan di pihak pentadbiran bagi mengenal pasti
jenis dan jumlah peralatan pejabat yang diinginkan.
c)Sebelum
menyerahkan peralatan pejabat tersebut pihak pentadbiran perlu memastikan
jumlah stok peralatan pejabat yang ada di dalam bilik masih cukup untuk
digunakan di masa hadapan.
d)Jumlah
peralatan pejabat yang akan diberikan bergantung kepada keperluan semasa
anggota / penyelia dan pengurus.
e)Pihak
pentadbiran perlu merekodkan stok alat tulis yang akan keluar ataupun yang
diagihkan.
f)Apabila
sudah menyediakn jumlah peralatan pejabat yang diminta pihak pentadbiran perlu
mendapatkan tandatangan daripada Penguasa Kastam untuk mengesahkan peralatan
tersebut akan diagihkan.
g)Menyemak
semula baki stok peralatan pejabat terkini dan meminta tandatangan pengurus
sebagai pengesahan stok peralatan pejabat keluar dan masuk adalah sama.
4.5 MENGHANTAR SURAT MELALUI PERKHIDMATAN POS LAJU
4.5.1 Pengenalan
Surat
yang ingin dihantar hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbiran untuk
dihantar melalui perkhidmatan pos laju. Surat tersebut mestilah ditaip terlebih
dahulu dan diletakkan di dalam sampul sebelum diserahkan kepada pihak
pentadbiran. Wakil pentadbiran akan
memungut kesemua surat yang ingin dihantar dan merekodkan jumlah surat yang
akan diposkan. Dengan cara ini maka surat tersebut akan segera dapat dihantar
dan dapat kepada penerima surat tersebut.
Rajah 5 : Buku
despatch pentadbiran
4.5.2 Proses Kerja
a)Anggota kastam perlulah
menaip dahulu surat tersebut sebelum hendak diposkan.
b)Setelah siap ditaip
maka perlulah dicetak sekurang-kurangnya dua salinan bagi kegunaan pejabat
kastam dan untuk diposkan.
c)Meminta tandatangan
daripada pengurus sebagai pengesahan surat itu adalah surat rasmi yang akan
diposkan.
d)Selepas itu, surat
tersebut dimasukkan ke dalam sampul yang telah disediakan.
e)Pegawai kastam
hendaklah merekod maklumat surat yang hendak diposkan di dalam despatch
pentadbiran untuk semakan pejabat.
f)Merekod data penerima
dan pengirim surat di helaian slip pos laju dan tandatangan kerani pentadbiran.
g)Meletakkan surat yang
telah dimasukkan di dalam sampul di atas meja kerani pentadbiran dan bersedia
untuk dibawa ke pejabat pos untuk diposkan.
0 comments:
Post a Comment