Kesimpulan


Sepanjang  tempoh 20 minggu menjalani latihan industri, saya ingin membuat kesimpulan bahawa hampir kesemua objektif bagi latihan  industri ini telah tercapai. Dengan bantuan kesemua pengawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut Perak, ia telah banyak  membantu saya dalam menjalani latihan industri dan telah banyak mengubah pandangan saya tentang sektor perkhidmatan pelanggan ini sebenarnya tidak  membosankan. Latihan Industri yang saya jalani di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut Perak sangat mencabar apabila berhadapan dengan masyarakat untuk memerlukan perkhidmatan. Malahan, latihan industri yang saya jalani ini banyak melatih saya untuk menjadi individu yang lebih berdisiplin terutama  dalam pengurusan masa kerana menepati masa ke tempat kerja dan menyediakan perkhidmatan tepat pada masanya merupakan aspek yang amat dititik beratkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malysia (JKDM) Lumut, Perak.Nilai-nilai moral seperti jujur, bertanggungjawab dan amanah dapat diterapkan melalui latihan industri ini.
  


Pegawai-pegawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lumut, Perak telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya.Antaranya, pergaulan yang baik antara pegawai adalah amat bermakna bagi saya. Disamping saya dapat menimba ilmu yang  baru, saya juga mempelajari pelbagai kemahiran dan cara berkomunikasi yang berkesan dan sememangnya sukar jika tidak dilatih terlebih dahulu. Kebanyakan proses kerja yang dilakukan secara amali adalah lebih mudah diingati jika dibandingkan dengan pembacaan, menelaah ataupun dalam bentuk teori. Pembentukan sahsiah diri yang lebih berketerampilan juga dapat dilihat di dalam diri pelajar melalui pendedahan yang diperolehi semasa menjalani latihan industri.  


 Kesimpulannya, pelaksanaan latihan industri ini bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang amat bernilai kepada pelajar, tetapi juga dapat menyedarkan pelajar betapa pentingnya pendedahan awal dan ketelitian aspek kerja sebenar untuk di dalami sepenuhnya oleh pemikiran dan perbuatan, perkembangan pemikiran dapat mencari penyelesaian kepada masalah semasa bekerja dan membantu mencari buah fikiran yang positif untuk dikongsi bersama. Pelajar perlu mempunyai minat yang mendalam untuk memastikan apa yang mereka pilih bukannya sesuatu yang sia-sia tetapi sesuatu yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri. Akhir kata, terima kasih kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut Perak kerana memberi saya peluang dan tunjuk ajar semasa saya menjalani latihan industri.  




0 comments:

Post a Comment