Bunker
adalah semata-semata nama yang diberikan kepada bahan api yang digunakan untuk
mengendalikan kapal. Bunkering ialah tindakan membekalkan kapal dengan
pelabuhan. Bahan api yang telah dibenarkan untuk didagangkan akan dibawa oleh
kapal atau bot yang telah disediakan. Kemudahan pengecualian cukai ke atas
bunkering iaitu minyak diesel dan minyak pelincir yang dahulunya hanya
dinikmati oleh kapal-kapal dalam pelayaran antarabangsa.
Bot-bot
nelayan juga telah diberi kemudahan pengecualian cukai ke atas bunkering bagi
mengurangkan kos pembiayaan ikan dan membendung inflasi.
5.1.2 Proses kerja
a)Bergerak ke bunkering
LKIM di Kampung Acheh untuk memantau dan melihat proses pemindahan minyak.
b)Meminta kepada agen
borang kastam no 1/9 untuk membuat semakan dan pengesahan supaya proses
pemindahan minyak dapat dijalankan.
c)Pegawai kastam yang
menjaga ketika itu akan menandatangan dokumen dan borang yang telah
dilengkapkan dan disemak.
d)Memeriksa minyak yang
ingin dipindahkan adalah minyak yang telah ditetapkan di dalam boran kastam no
1/9.
e)Baj atau talian paip digunakan
untuk memindahkan minyak dari bot ke lori tangki yang telah berada di tempat
yang disediakan.
f)Masa yang diperlukan
untuk memindahkan minyak memakan masa selama 30 minit.
5.2 MEREKOD MINIT FAIL DAFTAR KAPAL MASUK DAN KELUAR
5.2.1 Pengenalan
Pengendalian
fail adalah suatu kaedah pengurusan yang perlu dilakukan dengan betul oleh
pegawai dan kakitangan di jabatan atau agensi kerajaan. Untuk menyumbang ke
arah mempertingkatkan kualiti pengurusan penradbiran jabatan dan agensi
kerajaan tumpuan yang lebih padu terhadap seluruh proses pendokumentasian,
pengurusan maklumat, dokumen, rekod dan pengendalian fail rasmi kerajaan
hendaklah ditangani dengan lebih profesional.
Pada
masa kini, terdapat pelbagai kaedah diamalkan secara berlainan antara satu agensi
dengan satu agensi yang lain dan sering dianggap sebagai tugas mudah, remeh,
serta jarang mendapat bimbingan yang sewajarnya dari pegawai yang
bertanggungjawab. Para pegawai hendaklah mempunyai panduan yang betul untuk
mendapat amalan pengendalian fail yang betul. Pengendalian fail yang betul
adalah dengan kaedah pembukaan fail, penggunaan kulit fail, memfailkan surat,
meminitkan surat ke dalam kertas minit, dan
mencatatkan butiran pada kulit fail.
5.2.2 Proses kerja
a)Menerima
dokumen daftar kapal masuk dan keluar dari agen yang datang ke kaunter.
b)Menyemak
setiap dokumen yang diberi untuk memastikan dokumen lengkap untuk disahkan.
c)Mengecop
dokumen untuk mengesahkan tarikh dokumen dihantar dan disemak.
d)Mengasingkan
dokumen yang telah dicop dan disahkan untuk memberi semula kepada agen.
e)Mencari
fail yang berkaitan dengan dokumen untuk dimasukkan ke dalamnya.
f)Mengisi
maklumat dokumen di dalam kertas minit fail yang telah disediakan di dalam
fail.
g)Meletakkan
semula fail ditempatnya semula.
5.3 MENGURUS KETIBAAN KAPAL
5.3.1 Pengenalan
Satu
proses untuk mengesahkan pendaftaran
masuk kapal ke pelabuhan. Beberapa borang diperlukan untuk diisi oleh agen
iaitu borang JK 15 / 15A dan Lampiran A. Pengurusan ketibaan kapal ini telah
tertakluk di bawah Akta Kastam 1967 dan pegawai yang berhak meluluskan ialah
Penolong Kanan Pengarah Kastam / Penguasa Kastam / Pembantu Penguasa Kastam.
5.3.2 Proses Kerja
a)Menerima
notis ketibaan kapal oleh agen yang berkenaan.
b)Penguasa
Kastam akan pergi ke kapal untuk memeriksa dan menyemak dokumen berkaitan
dengan ketibaan kapal.
c)Pihak
kapal menyerahkan dokumen yang perlu disemak kepada Penguasa Kastam iaitu
borang JK 15 /15A dan Lampiran A untuk dilengkapkan.
d)Penguasa
Kastam menyemak borang dan menandatangani Lampiran A ( laporan ketibaan kapal
dan kebenaran memunggah).
e)Kemudian
Penguasa Kastam membuat catuan bekalan kapal agar bekalan yang dibawa masuk
bertepatan dengan apa yang ditulis di dalam borang JK15.
f)Selain
itu, Penguasa Kastam akan memeterai stor bekalan untuk meletakkan seal supaya tiada barang lain yang akan
bercampur dan untuk tanda pengesahan bahawa stor tersebut tidak dibuka lagi.
g)Mengemukakan
semua dokumen perkapalan kepada bahagian manifest untuk pendaftaran di dalam
buku pendaftaran.
5.4 MEREKOD
5.4.1 Pengenalan
Borang
kastam No.1 diisi oleh mana-mana pengimport yang ingin mengimport barangan dari
negara luar. Segala maklumat yang terkandung di dalam borang kastam No.1 adalah
bertujuan untuk memudahkan pembutiran maklumat barangan yang ingin dibawa masuk
ke dalam negara. Ia juga bertujuan untuk memudahkan proses pelepasan kastam di
sempadan atau pelabuhan destinasi.
5.4.1 Proses Kerja
a)Menerima
borang K1 serta dokumen sokong untuk
disemak oleh pegawai kastam yang bertugas.
b)Mengecop
tarikh terima dan nama Penguasa Kastam untuk ditandatangan pada setiap dokumen
bagi mengesahkan bahawa borang K1 dan dokumen sokongan telah diterima.
c)Mendaftar
borang K1 yang telah dicop di dalam buku pendaftaran kastam no.1 import (SMK).
d)Menyerahkan
borang K1 dan dokumen sokongan kepada Pik Kawalan untuk tindakan berikutnya.
e)Juruwang
akan menguruskan pembayaran duti yang akan dibayar oleh agen yang berkenaan.
f)Kemudian
borang K1 dan dokumen diserahkan kepada Penguasa Kastam untuk tindakan dan
arahan pemeriksaan.
g)Pembantu
Penguasa Kastam W17 menerima borang untuk pemeriksaan dan mencatat segala hasil
pemeriksaan yang telah dilakukan.
h)Menyerahkan
kembali borang kepada Penguasa Kastam untuk semakan dan kelulusan bagi membawa
barang masuk dari luar negara ke dalam negara.
i)Mengagihkan dokumen dan
borang tersebut kepada beberapa salinan iaitu salinan penyemak, salinan
perangkaian, salinan pengimport dan salinan pejabat.
j)Akhir sekali, penyata
bulanan disediakan bagi mngetahui berapa bilangan borang K1 yang telah didaftar
untuk rujukan unit import dan eksport.
5.5 MEREKOD
5.5.1 Pengenalan
Borang
kastam No.2 pula akan diisi oleh mana-mana syarikat yang ingin mengeksport
barangan ke luar negara. Ianya mengandungi maklumat tentang produk yang hendak
di eksport ke luar negara. Ia juga bertujuan untuk memudahkan proses pelepasan
kastam di sempadan atau pelabuhan penghantaran.
5.5.1 Proses Kerja
a)Menerima
borang kastam No.2 dan dokumen-dokumen sokongan untuk disemak oleh pegawai
kastam yang bertugas.
b)Mengecop tarikh terima
dan nama Penguasa Kastam untuk ditandatangan di setiap dokumen bagi mengesahkan
bahawa borang K2 dan dokumen sokongan telah diterima.
c)Mendaftar
borang K2 yang telah dicop di dalam buku pendaftaran borang kastam no.2 eksport
(SMK).
d)Menyerahkan
borang K2 dan dokumen sokongan kepada Pik Kawalan untuk tindakan berikutnya.
e)Juruwang
akan menguruskan pembayaran duti yang akan dibayar oleh agen yang berkenaan.
f)Kemudian
borang K2 dan dokumen diserahkan kepada Penguasa Kastam untuk tindakan dan
arahan pemeriksaan.
g)Pembantu
Penguasa Kastam W17 menerima borang untuk pemeriksaan dan mencatat segala hasil
pemeriksaan yang telah dilakukan.
h)Menyerahkan
kembali borang kepada Penguasa Kastam untuk semakan dan kelulusan bagi membawa
barang keluar dari dalam negara ke luar negara.
i)Mengagihkan dokumen dan
borang tersebut kepada beberapa salinan iaitu salinan penyemak, salinan
perangkaian, salinan pengimport dan salinan pejabat.
j)Akhir sekali, penyata
bulanan disediakan bagi mngetahui berapa bilangan borang K2 yang telah didaftar
untuk rujukan unit import dan eksport
0 comments:
Post a Comment