

Latihan Industri adalah peluang yang
baik bagi pelajar mendedahkan diri dengan keadaan sebenar yang berkaitan dengan
Perniagaan. Latihan Industi adalah satu syarat wajib bagi setiap pelajar dalam program-program tertentu
sebelum layak untuk penganugerahan Diploma.
Pelajar dibenarkan memilih tempat
untuk menjalankan latihan industri samaada memilih sektor swasta atau
kerajaan.Setiap pelajar yang mengikuti latihan industri ini haruslah mematuhi
setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan di sesebuah firma atau
organisasi.Latihan industri ini dijalankan selama dua puluh minggu mengikut
ketetapan yang digariskan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kursus latihan industri ini
juga dapat mendedahkan pelajar keadaan sebenar di alam pekerjaan dimana
setiap pekerjaan tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang perlu
dipatuhi agar sesebuah firma atau organisasi dapat berjalan dengan
lancar.Pelajar juga dapat didedahkan dengan persekitaran bagaimana untuk
berhadapan dengan pelbagai situasi samaada berhadapan dengan masyarakat sekeliling
mahupun rakan sekerja di sesebuah firma atau organisasi.
Justeru, latihan industri ini dapat
meningkatkan tenaga mahir sejajar dengan hasrat kerajaan yang memerlukan
graduan yang berkemahiran untuk pebangunan negara pada masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment