Pengenalan Latihan Industri






         





 Latihan industri merupakan salah satu daripada bentuk-bentuk keperluan dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh pelajar yang sedang menuntut di seluruh politeknik di Malaysia. Keseluruhan pelajar yang mengikuti kursus sijil atau diploma tidak terkecuali daripada mengikuti latihan industri ini. Selain itu, ia mengajar pelajar supaya lebih berdisiplin dalam melakukan kerja dan tanggungjawab yang diberikan.


Pada dasarnya latihan ini diadakan adalah kerana pihak pengurusan Politeknik memberi pandangan bahawa pengetahuan teori semata-mata adalah tidak mencukupi untuk membantu pelajar mengharungi dunia pekerjaan yang semakin mencabar pada masa kini.


Latihan ini juga dapat menguji kebolehan serta kekuatan minda pelajar semasa menjalani tugas yang diamanahkan kepadanya dan setakat mana pelajar mengikuti arahan daripada kakitangan serta pengurusan firma itu sendiri. Selain itu, dengan mengadakan latihan industri ini, pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri PBU secara tidak langsung menerima komen-komen daripada pihak luar mengenai pandangan mereka terhadap sistem pekerjaan yang dijalankan. Oleh yang demikian pihak Politeknik dapat memperbaiki sistem pembelajaran mengikut peredaran masa yang lebih bersesuaian dengan sesuatu bidang pekerjaan.


Secara keseluruhannya, latihan industri telah banyak memberi faedah kepada pelajar yang menjalaninya. Dengan cara begini pelajar akan bersemangat untuk terus belajar dan bekerja kepada segenap lapisan masyarakat serta seterusnya kepada Negara dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan dan berketerampilan.    


Selain itu, kursus yang ditawarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia ini adalah bertujuan bagi menghasilkan dan meningkatkan kemahiran para pelajar serta menimba ilmu pengetahuan terutamanya pengetahuan dalam bidang yang dipelajari.  Di samping itu juga, latihan industri banyak memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keadaan sebenar sebelum pelajar melangkah kaki ke dunia pekerjaan.


Latihan industri ini juga banyak membantu dan memberi manfaat kepada para pelajar untuk menambah dan meluaskan lagi ilmu pengetahuan yang mereka telah pelajari.  Latihan industri ini juga dapat membantu para pelajar mengaplikasikan masalah yang telah dihadapi di samping meningkatkan lagi minda para pelajar terhadap pengajian mereka di politeknik.


Melalui latihan industri ini, ia juga membolehkan para pelajar mengaitkan teori kepada praktikal atau sebaliknya.  Di mana ia dapat melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap majikan mereka dan pihak politeknik sendiri dengan sempurna.  Di samping itu juga, ia dapat membantu para pelajar mengamalkan segala peraturan-peraturan di firma atau badan berkanun samada peraturan keselamatan atau peraturan am syarikat atau firma tersebut (badan berkanun).


Dalam menjalani latihan industri ini juga, ia membantu para pelajar dalam menanam sikap amanah dalam diri mereka dan tanggungjawab terhadap majikan mereka serta dapat menyelesaikan apa jua tugasan atau kerja-kerja yang diberikan kepada mereka.  Sifat keyakinan dalam diri para pelajar dapat dibentuk dan dapat diaplikasikan dalam diri mereka dengan adanya latihan industri ini.  Para pelajar juga dapat mengetahui setakat manakah kemampuan mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan terutamanya dalam bidang yang akan mereka ceburi.


 Semasa para pelajar memenuhi syarat dari politeknik ini, iaitu menjalani latihan industri ini, mereka bukan sahaja melakukan kerja yang diberikan semata-mata, malah mampu mencetuskan serta mencadangkan idea mereka terhadap majikan.  Ini bukan sahaja dapat menguntungkan para pelajar sahaja bahkan turut menguntungkan pihak majikan itu sendiri.  Dengan ini pihak firma akan memperoleh sumber-sumber idea yang bernas dan mereka akan dapat menggunakan semua idea tersebut sementara politeknik melahirkan para pelajar yang berdaya saing.


Sikap bersatu hati dan bekerja sama amat penting dalam apa jua yang telah diamanahkan kepada kita.  Sikap seperti mampu menyelesaikan segala apa jua amanah yang telah diberikan kepada mereka samada berbentuk kerja atau tugasan.  Selain daripada itu juga, para pelajar dapat menilai diri seseorang pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.  Latihan industri yang diadakan juga dapat menilai seseorang pelajar itu dari segi kebolehan dan kesanggupan dalam menyumbangkan komitmen yang baik.  Secara tidak langsung dengan ini pelajar dapat mengenali melalui penglibatkan secara langsung dalam pelbagai aspek perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek dalam sesebuah organisasi.


Secara keseluruhan, dengan adanya latihan industri ini ia memang banyak membantu para pelajar dalam pelbagai perkara terutamanya dalam menyediakan laporan rasmi kepada Politeknik setelah tamat menjalani latihan industri mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik dan ia akan dijadikan latihan yang penting untuk mencorak kerjaya semua para pelajar terutamanya pelajar politeknik sendiri dimasa hadapan kelak.


14 comments:

  1. terima kasih byk membantu .

    ReplyDelete
  2. sangat membantu sebagai contoh. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. hai saya minta izin untuk tiru sikit sikit ye minta halal ye :)

    ReplyDelete
  4. saya mintak izin ye untuk ambik . sangat membantu terima kasih

    ReplyDelete
  5. Saya minta izin ya untuk ambil. Minta halal ya..

    ReplyDelete
  6. Saya minta izin ya untuk ambil. Minta halal ya..

    ReplyDelete
  7. Sangat2 membantu..Saya minta izin ambil ayat awak untuk report saya ye.
    TQ<3

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, saya minta izin untuk ambil ayat awak untuk report ye ^_^ Sangat-sangat membantu.. terima kasihh^^

    ReplyDelete
  9. salam. Halalkan ya saya nak copy siikit untuk report saya. mekasih

    ReplyDelete
  10. minta izin nk jadikan utk ref..thanks very much

    ReplyDelete
  11. Aslm, saya minta halalkan perkongsian ni yer Puan, terima kasih

    ReplyDelete