Latar Belakang JKDM

**
*






*

      Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sitiawan Perak(JKDM)
*
Huraian mengenai Intrepretasi simbol-simbol yang dipaparkan adalah seperti berikut:-

1.    Warna Biru dan Kuning adalah warna rasmi Jabatan. 

2.    Harimau melambangkan ketegasan, kecekalan dan keberanian. 

3.    Bintang dan bulan sabit kuning melambangkan kedaulatan Negara.

4.    Bulatan yang berwarna biru melambangkan penambahbaikan yang
*    berterusan dengan membudayakan pengurusan kualiti menyeluruh.

5.    Bulatan kuning di tengah melambangkan fokus utama untuk
     memungut cukai dalam usaha bagi menambah hasil negara serta mengamalkan 
     ciri pengurusan berkualiti.

6.    Bulatan yang dibahagi dua melambangkan Visi Jabatan kearah mencapai taraf


Alamat : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
               Kompleks Kastam Lumut, Jalan Haji Mohd Ali
               32000, Sitiawan Perak.


Mula Ditubuhkan : 1 Januari 1978


Keluasan : 103 671.32 kaki persegi


1.1.1      Pengenalan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ialah sebuah agensi kerajaan yang diamanahkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi, memelihara keselamatan Negara dan kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan pungutan hasil, fasilitasi perdagangan dan perindustrian serta memastikan pematuhan undang – undang secara cekap dan berkesan.


Sejarah menyaksikan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka di abad ke-15, tugas memungut cukai Kastam dikawal oleh Penghulu Bendahari. Undang – undang “The Revenue Farms Entactment No.11, 1904 “ kemudiannya memberikan tanggunjawab kepada Pengawai Kastam mengurus aktiviti kutipan cukai terhadap barangan import, minuman keras dan jualan candu melalui system “tax farming “.


Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, JKDM memikul tanggungjawab yang semakin besar. Sebagai sebuah negara yang baharu bebas daripada naungan British, kerajaan sesungguhnya memerlukan sumber pendapatan sendiri untuk membangunkan ekonomi Negara dan kesejahteraan rakyat. Jabatan Kastam Berjaya memenuhi harapan ini. Oleh itu, sebagai mengiktiraf peranan Jabatan Kastam dalam memakmurkan Negara itu maka pada 29 Oktober 1963, DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG telah menganugerahkan JABATAN KASTAM dan EKSAIS dengan gelaran ‘DIRAJA’.


Bergerak ke hadapan, JKDM meneruskan khidmatnya memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ekonomi Negara dipastikan unggul mengharungi era globalisasi dan liberalisasi perdagangan melalui perkhidmatan Kastam yang harmoni dengan ketetapan “World Trade Organization (WTO)”, World Customs Organization (WCO) serta jawatankuasa – jawatankuasa ekonomi di peringkat dunia tanpa mengenepikan kepentingan nasional dan kesejahteraan rakyat.



Visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia





Perkhidmatan Kastam Bertaraf Dunia bermaksud perkhidmatan yang mencapai taraf terbaik melalui amalam – amalan terbaik yang diterima pakai peringkat global serta sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan melalui budaya Pengurusan Kualiti Secara Menyeluruh dengan tumpuan terhadap kepuasan pelanggan.


Perkhidmatan Kastam Bertaraf Dunia juga bererti perkhidmatan yang harmoni atau mematuhi konvensyen , amalan dan prosedur Kastam antarabangsa serta mempunyai kerangka berkanun dan pengawai yang pakar menguatkuasakan  perundangan Kastam dalam melaksanakan misi JKDM.



Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia





Memungut hasil Negara, memberi fasilitasi perkastaman dan memastikan pematuhan perundangan merupakan fungsi utama JKDM . Memungut hasil Negara menjadi tugas terpenting JKDM, manakala memberikan fasilitasi perkastaman dan memastikan pematuhan undang – undang meneguhkan lagi tanggugjawab JKDM sebagai pemungut hasil Negara.


Pihak yang layak menikmati fasilitasi perkastaman dan pengecualian cukai dikawal untuk memastikan mereka memenuhi syarat – syarat yang dikenakan bagi mengelakkan kebocoran hasil Negara.


Syarikat yang mendapat pengecualian cukai ke atas bahan mentah atau komponen pengilangan akan berupaya menghasilkan produk yang lebih kompetitf. Apabila produk ini dipasarkan, cukai ke atas produk tersebut akan dipungut oleh JKDM. Begitu juga peranan JKDM dalam aspek pematuhan perundangan yang memperkuatkan tugas JKDM sebagai pemungut hasil.


Ketiga – tiga fungsi utama JKDM ini perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan keberhasilannya kelak memberikan impak yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi Negara serta memelihara keselamatan Negara dan kesejahteraan rakyat.


BUDAYA ORGANISASI

Selain itu juga, pematuhan dalam amalan budaya organisasi turut dipupuk dalam setiap kakitangan JKDM khususnya JKDM Lumut. Budaya organisasi yang diamalkan adalah TRUST iaitu:


T – Together (bersatu hati)
R – Respect (saling menghormati)
U – Understanding (faham memahami)
S – Spiritual (kerohanian)
T – Totality (menyeluruh)

Etika Perkhidmatan Kastam – A.B.I,D


AMANAH BERKHIDMAT

  • AMANAH berkhidmat kepada masyrakat, jabatan dan Negara dengan bertanggungjawab dan jujur, tidak menyeleweng, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak pecah amanah.
  • AMANAH dalam berusaha membangunkan kemajuan diri dan perkhidmatan melalui penghayatan nilai – nilai ilmiah yang praktikal dalam segala tindakan dan keputusan serta menjauhkan diri dari sikap negative yang merugikan.
  • AMANAH dan tegas menegakkan kebenaran dan keadilan berlandaskan undang – undang dan peraturan, yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran serta sentiasa berusaha menguasai pengaruh sentiment prasangka dan hasad dengki.
IKHLAS

  •   IKHLAS memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara – perkara yang baik dan berfaedah.
  •  IKHLAS memberi dan menerima teguran yang baik serta bersedia mengakui kelemahan yang ada di samping berusaha untuk mengatasinya.
  •   IKHLAS berkhidmat kepada masyrakat, jabatan dan Negara serta merasa bangga di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.
  • IKHLAS berkhidmat kepada masyrakat , jabatan dan Negara serta merasa bangga di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.
DEDIKASI

  •   DEDIKASI dalam memberi perkhidmatan dengan menggunakan sepenuh daya, tenaga dan kesempatan ke arah melaksana dan menyempurnakan segala tanggungjawab.
  •  DEDIKASI dalam mencari kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang baik untuk kepentingan kerjaya dan perkhidmatan.
  •    DEDIKASI memimpin melalui teladan dan amalan yang luhur kea rah memupuk persefahaman , perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan (esprit de corps) di kalangan semua pengawai dan kakitangan.


Nilai-nilai yang mempengaruhi perilaku dan tindakan setiap individu

1. Komitmen menyeluruh terhadap pelanggan
  •     Proaktif / Sensitif / Responsif

2. Kewibawaan tanpa kompromi
  •    Jujur / Boleh dipercayai / Keikhlasan / Dedikasi / Adil

3. Hormat dan prihatin

  •    Semangat berpasukan / bekerjasama / Saling hormat menghormati /

             Bersopan santun /  Kesefahaman / Berfikiran terbuka



Asas Standard Perilaku Pengawai (SPP) JKDM


AKSI
UCAPAN

    1.    S.A.P.A
S         Senyum – 2
A         Angguk – 1
       Pandang Mata
A        Aju Salam dengan                      
menyebut nama.

     2.    HARGAI

Senyum – 2
Pandang Mata
Angguk - 1





-
-
-
“Assalammualaikum”
“Selamat  Pagi Tuan/Puan”
“Selamat  Petang, Encik Ali”


-
-
“Terima Kasih”

0 comments:

Post a Comment