Laporan mingguan 16 hingga 20




Minggu Keenambelas
16/03/2015
hingga
20/03/2015

a.      Membantu Urusetia GST iaitu Puan Safina dalam mengemaskini fail-fail operasi dan menghubungi syarikat yang tersenarai untuk mengetahui status syarikat sama ada sudah didaftarkan atau belum didaftarkan.

b.      Merekod surat menyurat dan mengemaskini surat yang masuk supaya memudahkan urusan semakan jika berlaku sesuatu kecemasan.

c.       Menjaga kaunter perkhidmatan pelanggan atau kaunter pertanyaan untuk menggantikan pengawai yang cuti atau terlibat dengan operasi luar.




Minggu Ketujuhbelas
23/03/2015
hingga
27/03/2015

a.      Pada minggu ketujuhbelas iaitu minggu terakhir bergelar sebagai pelajar praktikal saya telah melapor diri di cawangan perkastaman atau industri.

b.      Selepas itu , saya berkenalan dengan staff yang bertugas di bahagian perkastaman.

c.       Tugasan pertama yang dilakukan ialah menjaga kaunter perkhidmatan pelanggan dengan ini saya dapat memahirkan lagi diri dalam berkomunikasi dengan orang awam.

d.      Seterusnya , saya belajar cara mengemaskini buku resit “port clearance” . Justeru itu saya dapat memperoleh pengetahuan tentang prosuder menyimpan buku – buku resit “ port clearance”.



Minggu Kelapanbelas
30/03/2015
Hingga
03/04/2015

a.      Mencetak salinan pamphlet untuk pengawai yang memerlukan untuk aktiviti 5s JKDM Negeri lain.

b.      Senaman pagi bersama pegawai kastam.

c.       Melawat kapal yang berlabuh di Kampung Acheh     pemeriksaan.

d.      Merekod borang kastam no.4 dalam Buku Daftar Kapal Masuk.

e.      Mengemas kini jadual ketibaan kapal.

f.        Mencetak 17 surat Keperluan Menghadiri Kursus dan Lulus Peperiksaan Ejen di Bawah Seksyen 90 Akta Kastam 1967

g.      Merekod permit kapal keluar dalam Buku Pendaftaran Kapal Keluar.

h.      Mengemas tempat kerja dengan melakukan amalan 5s.

i.        Mempelajari hukum tajwid dalam Al-Quran yang di ajar oleh En.Mohamad Foad Bin
         Che Din dan En.Ramli Bin Lazim.



Minggu KesembilanBelas
06/04/2015
Hingga
10/04/2015



  a.         Pada minggu ini , saya mengikut pengawai di bahagian perkastaman melawat bunkering LKIM di Kampung Acheh.

 b.    Seterusnya saya Merekod 2 permit pemunggahan barang.

      c.              Mengemaskini jadual ketibaan kapal.

     d.              Merekod minit fail daftar kapal keluar dan masuk.

      e.              Mengemaskini Buku Rekod Kutipan Hasil.



Minggu Keduapuluh
13/04/2015
Hingga
17/04/2015


a.      Pada minggu terakhir, saya bergelar sebagai pelajar praktikal di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut (JKDM) pelbagai ilmu yang saya dapat dan boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Malahan, saya dapat menyesuaikan diri dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar.

b.      Aktiviti yang saya lakukan pada minggu terakhir ialah Merekod borang kastam no.4 dalam Buku Daftar Kapal Masuk.

c.       Menjaga Kaunter Perkhidmatan Pelanggan menggantikan pengawai yang bertugas.

d.      Mencetak salinan untuk Mensyuarat tentang gst di Bilik Ilmu.

e.      Jamuan perpisahan untuk pelajar praktikal .

0 comments:

Post a Comment